PRN: UMNO Sabah Sedia Turun Bantu Selangor – Bung Moktar
KOTA KINABALU: Jentera UMNO Sabah bersedia membantu kempen pilihan raya di enam negeri Semenanjung Malaysia yang akan diadakan pada 12 Ogos depan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sebagaimana yang diamanahkan oleh UMNO Pusat, tumpuan jentera UMNO Sabah adalah untuk membantu proses berkempen di Selangor. Namun, sekiranya ada negeri lain yang memerlukan jentera UMNO Sabah dalam berkempen, mereka sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan. Ketika ini,