Gagasan Rakyat semakin diterima’: Abdul Ghani
NABAWAN: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) semakin menjadi pilihan rakyat di Nabawan. Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata ini terbukti dengan penyertaan bekas-bekas pemimpin daripada parti Umno dan Warisan di kawasan ini. Katanya, mereka memilih Gagasan Rakyat yang bernaung di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang lebih dikenali sebagai blok Borneo. “Ini kerana mereka yakin gabungan blok Borneo ini