Gagasan Rakyat semakin diterima’: Abdul Ghani


SIMON BJ2023/07/11 09:54
Follow
Gagasan Rakyat semakin diterima’: Abdul Ghani

NABAWAN: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) semakin menjadi pilihan rakyat di Nabawan.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata ini terbukti dengan penyertaan bekas-bekas pemimpin daripada parti Umno dan Warisan di kawasan ini.

Katanya, mereka memilih Gagasan Rakyat yang bernaung di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang lebih dikenali sebagai blok Borneo.

“Ini kerana mereka yakin gabungan blok Borneo ini mampu menjadi penentu dan pendokong Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Jelajah Memperkasakan Gagasan Rakyat (PGRS) Bahagian dan Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan PGRS di Kampung Pagalungan, di sini, pada Sabtu lepas.

Abdul Ghani, yang juga Adun Nabawan memberitahu, antara yang menyertai Gagasan Rakyat ialah Mohd Ridwan Angayas dan Kundul Lating, masing-masing daripada Umno dan Warisan.

“Selain itu terdapat juga beberapa bekas pemimpin masyarakat semasa kerajaan Warisan, yang mengambil keputusan menyertai kami.

“Mereka memilih Gagasan Rakyat kerana yakin dengan perjuangannya yang diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Presiden,” katanya.

Sementara itu, jelajah tersebut diadakan di Mukim Pensiangan, Pagalungan dan Sepulut membabitkan 50 cawangan yang aktif pada masa ini. Ghani memberitahu, jelajah berikutnya akan diteruskan bagi Mukim Nabawan dan Pamuntrian pada 15 Julai nanti.


Share - Gagasan Rakyat semakin diterima’: Abdul Ghani

Follow SIMON BJ to stay updated on their latest posts!

Follow

0 comments

Be the first to comment!

This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.