RM19.4 juta untuk baikpulih KKIA dan Lapangan Terbang Tawau
KOTA KINABALU: Peruntukan RM19.4 juta bagi membaik pulih dua lapangan terbang di Sabah mampu melonjakkan lagi ekonomi dan pelancongan di negeri ini. Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan (gambar) berkata, pihaknya menyambut baik peruntukan tersebut berdasarkan kepada keperluan semasa dan jangka masa panjang. Menurut beliau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kini merupakan antara lapangan terbang tersibuk dan semestinya memerlukan penambahbaikan dari sem