Persatuan pengguna adakan kunjungan hormat kepada Shahelmey


SIMON BJ2023/08/30 02:04
Follow
Persatuan pengguna adakan kunjungan hormat kepada Shahelmey

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga di bangunan Kementerian Kerja Raya Sembulan.


Kunjungan itu diketuai presidenya David Chan dan disertai Perunding Elektrik Ir. Ts. Yuzrian Efren Yunus  dan Akauntan Bertauliah Justin Ng dan Dato Idris Ali.


Tujuan kunjungan ini adalah untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara kedua-dua belah pihak. Selain memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dengan pengguna.


David turut menyatakan rasa lega dan berterima kasih kepada Kementerian Kerja Raya Sabah mengenai projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II Fasa II.


"Apa yang Persatuan Pengguna harapkan ialah gangguan bekalan air akan dapat diatasi memandangkan sebelum ini masalah ini sering mengganggu kehidupan seharian penduduk, khususnya peniaga.


"Persatuan Pengguna berharap masalah gangguan bekalan air di sekitar bandar raya negeri ini bakal berakhir berikutan projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II Fasa II siap sepenuhnya kelak", katanya semasa kunjungan hormat dengan Menteri Kerja Raya semalam.


Dalam pada itu, Pengguna Sabah berharap supaya peruntukan bagi menambah baik kemudahan bekalan air dan elektrik di Sabah disegerakan bagi menyelesaikan masalah yang sekian lama berlarutan.


Kelihatan David menyampaikan cenderahati kepada Shahelmey semasa kunjungan hormat semalam di bangunan Kementerian Kerja Raya semalam. Kelihatan Idris Ali (dua kanan), Justin Ng (kanan sekali) serta Ir Ts Yuzrian (kiri sekali)

Share - Persatuan pengguna adakan kunjungan hormat kepada Shahelmey

Follow SIMON BJ to stay updated on their latest posts!

Follow

1 comment