Lebih 400 kereta berhias terlibat perarakan Hari Malaysia ke-60
Lebih 400 kereta berhias dijangka terlibat dalam perarakan di Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu sempena Hari Malaysia ke-60, pada 17 Sept ini, mulai jam 3 petang.
18 kelab dan komuniti mengambil bahagian dalam perarakan itu.
Penganjur acara Cars and Urban Lifestyle Trends (CULT) diketuai oleh John Kong bertemu dan memberi taklimat mengenai Perarakan Hari Malaysia CULT kepada Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai.