Fakta sejarah Sabah patut diajar di sekolah - Yong


SIMON BJ2023/08/29 14:57
Follow
Fakta sejarah Sabah patut diajar di sekolah - Yong

KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berharap fakta-fakta sejarah mengenai Sabah sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia dimasukkan dalam mata pelajaran sekolah.


Katanya, maklumat seperti itu wajar dimasukkan dalam mata pelajaran sejarah di semua sekolah dalam negara ini. Perkara ini penting kerana negeri Sabah akhirnya mengiktiraf dan akan meraikan Hari Sabah tahun ini pada 31 Ogos 2023, di Tambunan.


“Selepas memperjuangkan Hari Sabah selama 10 tahun, akhirnya ia menjadi kenyataan. Dimana pada tahun ini Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berjaya merealisasikan perkara itu,” ujarnya.


“Tidak dinafikan, ramai juga dalam kalangan rakyat Sabah sendiri tidak sedar bahawa Hari Sabah adalah untuk memperingati tarikh 31 Ogos 1963, dimana Sabah menjadi sebuah negara berkerajaan sendiri,” kata bekas ketua menteri itu ketika ditemui di sini, hari ini.


Yong juga mengakui kenyataan ADUN Tungku, Assaffal Allan yang mengatakan Hari Sabah bukan untuk memperingati kemerdekaan Sabah, sebaliknya ‘kerajaan sendiri’ pada ketika itu ada kebenarannya.


Yong yang juga ADUN Dilantik menjelaskan, pada ketika itu tidak ada ‘intrumen’ daripada kerajaan British untuk mengisytiharkan kemerdekaan sepenuhnya kepada Sabah sebagai sebuah republik.


Sabah ketika itu, tambahnya, diberi kuasa sepenuhnya untuk mentadbir selama dua minggu sehinggalah pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963,” katanya lagi. 

 

Share - Fakta sejarah Sabah patut diajar di sekolah - Yong

Support this user by sending bitcoin - Learn more

Follow

0 comments

Be the first to comment!

This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.