Hajiji mahu Wanita GRS kuatkan perpaduan, bersatu hati
Hajiji melakukan gimik pelancaran Jelajah Wanita GRS di SICC, Kota Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) agar terus meningkatkan perpaduan sedia ada untuk menjadi satu pasukan yang kuat dalam perjuangan parti, bersama membangun negeri dan seterusnya berkhidmat kepada rakyat. Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata walaupun kerajaan negeri hari ini masih ada lebih dua tahun memerintah, namun je