PN Sabah mula atur strategi hadapi PRN
KOTA KINABALU: Perikatan Nasional (PN) Sabah telah mula mengatur strategi serta mengintai kerusi sasaran yang bakal ditandingi pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang. Ke arah itu, Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional (BPN PN) Sabah yang dianggotai oleh BERSATU, PAS, GERAKAN dan SAPP mengadakan mesyuarat pertamanya di pejabat BERSATU di sini malam tadi. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Datuk Dr Ronald Kiandee yang juga Ketua Badan Pimpinan BE