Gagasan Rakyat landasan baharu politik Sabah: Yusof
SUKAU: Sambutan luar biasa perhimpunan rakyat dan pelancaran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sukau dan Lamag memberi petanda jelas bahawa parti itu semakin mendapat sokongan daripada akar umbi. Ketua Penaja Gagasan Rakyat Bahagian Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, perhimpunan itu merupakan salah satu mesej rakyat yang mahukan pembaharuan dalam dalam landskap politik Sabah. “Kita ingin menzahirkan sokongan terhadap bahagian Gagasan Rakyat Sukau serta Lamag, dan rakyat S