Jangan terikut budaya pembangkang, perlekeh SMJ - Mohd Shahril
KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang terutama yang sering memperlekehkan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), kata Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Beaufort, Mohd Shahril Osin (gambar). Ini kerana katanya, tujuan pembangkang sebenarnya hanya mahu mengelirukan rakyat dan pada masa sama mewujudkan perbalahan agar dapat mengalihkan perhatian rakyat daripada melihat kebaikan yang telah dilakukan pimpinan keraj