PBRS sokong usaha Kerajaan Perpaduan kukuhkan ekonomi rakyat
KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyokong usaha Kerajaan Perpaduan untuk mengukuhkan ekonomi rakyat setiap golongan masyarakat baik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui inisiatif kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presiden PBRS merangkap Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kerangka ekonomi tersebut menggariskan dua fokus utama iaitu menstruktur semula ekonomi ke aras Malaysia sebagai