
“Family Day kita kali ini, kita buat di Pantai Canada ya! Dan kita semua tidur di homestay ya!” ujar Makcik Ayuni yang sememangnya dikenali dengan ketua dalam menjalankan apa-apa aktiviti dalam keluarga. Balik semula kepada cerita, bulan Disember pun tiba, Erina dan semua ahli keluarga sebelah suaminya sedang bertolak ke Pantai Canada dengan kereta. Erina dan suaminya bertolak lambat sedikit kerana mereka balik kerja lambat walaupun hari itu hari Sabtu.
Sepanjang perjalanan, Erina dan suaminya ditemani lagu dari radio dan tiada apa-apa masalah sampailah mereka tiba di homestay tersebut. Cantik dan sangat indah homestaynya dengan kolam renang di bahagian hadapan rumah. Erina dan suaminya tiba agak lewat sedikit dan ramai dalam kalangan adik beradik mertua sudah pun lena diulit mimpi. Erina dan adik ipar perempuan bernama Sarah disuruh tidur di atas toto kerana katil-katil semua sudah pun penuh. Jadi, nak tak nak kena ikut jugalah sebab sudah tiada tempat lain dah. Suami Erina pula tidur dengan adik-beradik lelakinya di ruang tamu.
Lepas sahaja Erina berbaring, pandangannya betul-betul menghadap ke arah katil manakala mak mertua berbaring di katil belakangnya. Erina rasa mak mertuanya sudah lena tidur, namun dia masih susah nak melelapkan mata di tempat baru. Mungkin sudah setengah jam berlalu, RIsha masih belum dapat tidur lagi.
Tidak lama selepas itu, sekujur tubuh berbaju putih dengan ada kesan darah sedikit di bajunya dan berambut panjang keriting kasar berdiri tegak di atas hujung katil. Kepalanya menunduk, badannya berdiri tegak di atas hujung katil dan matanya memandang tepat kearah Erina.
Dalam hati Risha dah terfikir dah, "Ini memang bukan benda lain, ini mesti Pontianak!" Jadi, waktu itu memang Erina tergamam dan senyap tanpa tutur bicara. Perlahan-lahan Erina memalingkan badannya untuk menghadap ke arah mak mertuanya yang yang sedang lena dibuai mimpi.
Tadi pun susah nak tidur, inikan pula melihat 'benda' itu, lagilah tak dapat tidur. Setelah beberapa minit Erina menghadap ke arah mak mertuanya, Erina cuba untuk memalingkan badannya semula ke arah tadi kerana lenguh. Ketika Erina ingin memalingkan badannya, dia berharap sangat supaya 'benda' itu sudah pergi dan tiada disitu lagi. Tapi, harapannya tidak menjadi kenyataan kerana 'benda' itu berada di atas katil yang kedua terdekat dengannya dan posisi badannya masih sama seperti tadi. Kerana sudah berasa sangat ketakutan, Erina cuba untuk mengkuis-kuis perlahan badan adik iparnya Sarah namun hampa, Sarah tidur mati agaknya.
Perasaan Erina waktu itu tak boleh digambarkan lagi. Seluruh badannya menjadi kaku dan denyutan jantungnya sangat laju. Jadi, Erina cuba pejamkan mata buat macam pura-pura tidur kejung macam patung. Ada juga sekali pintu bilik di buka, Kakak ipar Erina iaitu Helina masuk mengambil barang tetapi dia tidak nampak apa yang sedang Erina fokuskan sekarang.
Waktu itu, Erina menjadi lupa nak baca ayat Al-Quran kerana asyik fikirkan waktu supaya cepatlah waktu siang menjelma. Akhirnya, Erina terlelap jua dalam pukul 4 lebih macam itu. Itu pun tidur-tidur ayam sahaja.
Pada keesokannya, Erina menceritakan apa yang terjadi malam tadi kepada suaminya. Terkejut suaminya mendengarnya. Mereka cuba menceritakan kepada semua, tapi semua orang tidak melihat 'benda' itu semalam. Hanya Erina sahaja yang melihat 'benda' itu semalam. Suami Erina cuba berbincang dengan ahli keluarganya supaya tukar semula tempat tidur masing-masing agar dia dapat tidur dengan Erina untuk menemani isterinya. Suaminya buat keputusan seperti itu kerana risau takut Erina tidak dapat tidur lagi malam ini.
Semua ahli keluarganya setuju untuk tukar semula tempat tidur dan faham situasi Erina. Pada malam seterusnya, Alhamdulillah Erina dapat tidur dengan lena dan 'benda' itu tidak kelihatan lagi setelah tukar bilik lain.