
KOTA MARUDU: Penguatkuasa Bahagian Kawalselia Padi Dan Beras Cawangan Sabah melakukan pemeriksaan mengejut ke Kedai Jualan Beras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Marudu berikutan aduan awam yang diterima pada Khamis (14 Sept. 2023).
Pemeriksaan mengejut itu dibuat bagi mengesahkan aduan awam berkaitan beras jenama PELADANG PPK Kota Marudu yang dikatakan beras tempatan.
Beras jenama PELADANG adalah beras putih import yang bekalannya diperolehi melalui BERNAS Kudat.
Bahagian Kawalselia Padi Dan Beras adalah agensi kedua selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan pemeriksaan juga atas aduan awam yang diterima melibatkan jenama beras PELADANG keluaran PPK Kota Marudu.
Sumber: agrobizpeladangmarudu
0 comments
Be the first to comment!
This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.