Pengguna Bijak Sabah gesa SESB tidak kenakan caj melampau


SIMON BJ2023/09/13 01:55
Follow

Isu SESB mengenakan caj elektrik kepada pengguna sampai mencecah ribuan ringgit

Pengguna Bijak Sabah gesa SESB tidak kenakan caj melampau

KOTA KINABALU: Sabah Elektrik Sdn Bhd (SESB) digesa supaya tidak mengenakan caj melampau kepada pengguna di negeri ini.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan berkata, pihaknya banyak menerima aduan daripada orang awam khususnya B40 ekoran bil elektrik yang dikenakan tidak munasabah.

Beliau berkata, isu bil elektrik yang ketika ini didakwa melambung tinggi antara keluhan disuarakan masyarakat di media sosial, malah ramai memarahi SESB.

"Cuaca tidak menentu dan kadang panas berbahang dikatakan punca utama bil elektrik melambung disebabkan penggunaan penyaman udara dalam tempoh lama.

"Kalau ia pun musim panas, penggunaan elektrik dan penyaman udara tetap sama," jelas David lagi.

Beliau berkata demikian semasa mengulas berita daripada Awani Borneo bahawa sebilangan besar penduduk di Kampung Kulambai dan Kg Dundau, Kota Belud terkejut menerima bil elektrik mencecah ribuan ringgit.

Justeru itu, diharap pihak SESB perlu mengambil langkah drastik menangani isu ini dengan lebih tuntas serta mengenal pasti masalah yang berlaku agar masalah yang sama tidak berulang lagi.

"Ditambah lagi dengan kos sara hidup rakyat hari ini yang semakin meningkat dan membebankan akhirnya bila timbul isu sebegini sudah tentu rakyat marah dan kecewa," katanya.

Pihak persatuan katanya, merasakan itu tidak adil kepada penduduk luar bandar jika ada pembaca meter SESB yang datang mengenakan caj yang mahal dalam bil elektrik pengguna.

Beliau menegaskan pihak pengurusan SESB perlu bertanggungjawab menyebabkan pengguna kehilangan banyak masa pergi ke pejabat SESB semata-mata meminta penjelasan kenapa bil elektrik rumah mereka melambung tinggi.

"Saya berharap pihak SESB akan memberi penjelasan, sekurang-kurangnya beri pampasan kepada pengguna yang mengalami kerugian.

David juga menggesa Suruhanjaya Tenaga untuk mengesahkan dan mengambil tindakan yang perlu ke atas SESB kerana ia tidak adil kepada pengguna dan kami berharap kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi. - Liza Din

Share - Pengguna Bijak Sabah gesa SESB tidak kenakan caj melampau

Support this user by sending bitcoin - Learn more

Follow

0 comments

Be the first to comment!

This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.