Beras bersubsidi cara terbaik: David


SIMON BJ2023/09/05 14:46
Follow
Beras bersubsidi cara terbaik: David

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan mendesak kerajaan supaya mengambil langkah proaktif bagi menangani dan mengawal sebarang kenaikan harga beras yang mula meresahkan pengguna.


Katanya, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup seharusnya bertindak cepat mengekang sebarang kenaikan harga barang kerana yang terkesan adalah rakyat.


"Pilihan terbaik adalah memberikan harga subsidi sama ada beras import atau beras tempatan supaya rakyat yang berpendapatan rendah tidak terbeban dengan kenaikan harga beras dan barangan keperluan lain yang melambung tinggi," katanya.


David berkata, Persatuan Pengguna menerima banyak aduan orang awam berhubung kenaikan harga makanan ruji itu, ia dikatakan berlaku akibat kekurangan bekalan di pasaran disebabkan banyak faktor.


“Walaupun kerajaan menafikan akan berlaku kenaikan harga beras tetapi hakikatnya pengguna masih ragu-ragu mengenainya memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


"Pilihan terbaik adalah memberikan harga subsidi..."


Tambahnya, meskipun kenaikkan harga beras hanya melibatkan beras putih import, rata-rata pengguna percaya ini tetap membebankan rakyat.

Share - Beras bersubsidi cara terbaik: David

Follow SIMON BJ to stay updated on their latest posts!

Follow

0 comments

Be the first to comment!

This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.