Perkemas bahagian, tingkat kemasukan ahli PGRS: Hajiji


SIMON BJ2023/08/27 10:35
Follow
Perkemas bahagian, tingkat kemasukan ahli PGRS: Hajiji

TAWAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengingatkan pimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Sabah) di semua peringkat agar memperkemaskan bahagian masing-masing sebagai persediaan menghadapi Pilhan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.


Presiden Gagasan Rakyat itu berkata, paling penting adalah untuk meningkatkan keahlian parti selain menubuhkan cawangan parti di semua bahagian.


Memetik laporan Borneo Gazette, Hajiji berkata: “Pada masa ini, Gagasan Sabah mempunyai lebih 200,000 ahli dan menjelang hujung tahun ini, keahlian akan mencecah 300,000 orang. Saya yakin selepas perhimpunan agung selesai, Gagasan Sabah akan menjadi satu parti yang kuat di negeri ini.


“Justeru, adalah penting untuk memperbanyakkan keahlian parti selain menubuhkan cawangan parti di semua bahagian. Untuk menguatkan parti, kita perlu mempunyai ahli yang ramai dan cawangan yang banyak.


“Selain itu, adalah menjadi harapan saya agar pimpinan parti di semua peringkat memperkemaskan bahagian masing-masing sebagai persediaan menghadapi PRN Sabah akan datang,” katanya semasa sesi Ramah Mesra bersama pemimpin dan ahli Gagasan Sabah Bahagian Parlimen Tawau dan Kalabakan, di sini hari ini.


Hajiji juga mahu semua bahagian parti perlu menjadi kuat kerana hanya dengan kekuatan saja pelbagai cabaran boleh dihadapi.


“Inilah harapan kita dan kehendak ahli serta rakyat Sabah iaitu kita mesti menggunakan platform parti tempatan. Kita akan terus berjuang bersama rakyat agar dapat membangunkan Sabah dengan lebih teratur dan rancak.


Hajiji mahu semua bahagian parti menjadi kuat....


Keputusan menubuhkan parti tempatan adalah tepat dan baik untuk masa depan Sabah.


“Keputusan kita untuk menubuhkan parti local (tempatan) adalah tepat dan baik untuk masa depan negeri ini,” katanya.


Beliau turut melahirkan rasa gembira kerana berpeluang menghadiri majlis santai berkenaan.


Dalam pada itu, Hajiji berkata, Gagasan Sabah akan mengadakan perhimpunan agung pertama parti pada bulan November ini di Kota Kinabalu.


Pada majlis berkenaan, Hajiji turut menerima borang keahlian baharu Gagasan Rakyat daripada Bahagian Balung, Apas, Sri Tanjung, Kukusan, Tanjung Batu, Merotai dan Sebatik. - Borneo Gazette

Share - Perkemas bahagian, tingkat kemasukan ahli PGRS: Hajiji

Follow SIMON BJ to stay updated on their latest posts!

Follow

0 comments

Be the first to comment!

This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.