NRH julang Piala Redonah, raih RM1,000


SIMON BJ2023/08/19 00:02
Follow
NRH julang Piala Redonah, raih RM1,000

JUARA ... Pasukan NRH dari Kota Kinabalu.


KOTA MARUDU: Pasukan NRH dari Kota Kinabalu menjulang Piala Datuk Redonah Bahanda sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 selepas menjuarai Kejohanan Terbuka Bola Tampar Wanita Kota Marudu.


Naib johan Lundus dari Pitas mendapat RM600 dan tempat ketiga VT Lover dari Ranau meraih RM400.


Kejohanan anjuran Kelab Konran VC Kota Marudu itu disertai 24 pasukan dari lapan daerah (Kota Kinabalu, Kota Marudu, Pitas, Ranau, Paitan, Keningau, Kudat dan WP Labuan) yang berlangsung di Gelanggang Bola Tampar Astaka Padang di sini, baru-baru ini.


Hadiah-hadiah disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda.


Turut hadir Pengerusi Penganjur Noraisyah Hamsal. - Oleh LIZA DIN

Share - NRH julang Piala Redonah, raih RM1,000

Follow SIMON BJ to stay updated on their latest posts!

Follow

0 comments

Be the first to comment!

This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.