
REDONAH (dua kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Syamsuddin Abdullah.
KOTA KINABALU: Setiap rakyat diminta supaya sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan diri bagi membolehkan mereka berdepan dengan perkembangan dunia yang semakin mencabar.
Oleh itu, Setiausaha Politk kepada Ketua Menteri Datuk Redonah Bahanda yakin dengan menambah baik keupayaan diri bererti membaiki kualiti hidup ke arah yang lebih baik.
Sambil menambil contoh kisah peristiwa Hijrah Rasulullah SAW yang mempunyai pengajaran yang sangat besar iaitu mengajak umatnya untuk sentiasa berusaha beralih kepada sesuatu yang lebih baik demi kehidupan yang lebih sejahtera.
ANUGERAH Khas Maah Hijrah Musdin Samsapil menerima hadiah daripada Redonah (tiga dari kanan).
"Kita semua perlu mengambil aspirasi Hijrah ini untuk menganjak diri, keluarga, masyarakat dan negara ke suatu keadaan yang lebih baik lagi.
"Malah berbekalkan semangat hijrah jugalah kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan terhadap kualiti hidup rakyat di bandar dan di luar bandar.
"Ini termasuk usaha menstabilkan politik, memantapkan ekonomi dan sosial yang merupakan kunci utama menjamin keamanan, kemajuan dan kemakmuran negeri dan negara yang berkekalan," katanya.
Redonah berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Kecil Matunggong di Dewan Mini Urusetia Daerah Kecil di sini, semalam.
Hadir sama Pengerusi Sambutan Maal Tasyriff Jahamin serta jawatankuasa.
Tokoh Maal Hijrah peringkat Daerah Kecil Matunggong Syamsuddin Abdullah dan Anugerah Khas Maah Hijrah Musdin Samsapil.
Redonah berkata, sebagai rakyat Sabah, setiap individu memikul tangungjawab mengekalkan keharmonian antara satu sama lain meskipun wujud kepelbagaian latar belakang selain sikap bertoleransi, saling memaafkan dan menyantuni.
Katanya, sambutan tahun baharu kalendar Islam perlu dijadikan medan membangunkan komuniti harmoni, saling mendukung antara satu sama lain, memupuk rasa persaudaraan dan kerjasama dalam membina sebuah negara bangsa yang berjaya.
"Ibrah peristiwa hijrah baginda Nabi Muhammad SAW mengajak kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan melakar masa depan yang lebih cemerlang," ujarnya.
"Maal Hijrah mengajak kita menginsafi perjuangan dan pengorbanan baginda Nabi SAW dan para sahabat baginda. Sirah junjungan mengajar kita supaya sentiasa tabah, cekal dan bersemangat dalam kehidupan ini," katanya. - Oleh LIZA DIN
0 comments
Be the first to comment!
This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.