DAP pertahan kestabilan politik demi kemajuan ekonomi Sabah


SIMON BJ2023/08/15 07:06
Follow

DAP konsisten pertahan kestabilan politik Sabah, pertikai kenyataan presiden SAPP

DAP pertahan kestabilan politik demi kemajuan ekonomi Sabah

KOTA KINABALUA: Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah, Phoong Jin Zhe berkata bahawa parti itu berdiri teguh mempertahankan kestabilan politik demi kemajuan ekonomi negeri ini.


Selain itu, katanya, DAP juga konsisten mempertahankan Kerajaan Perpaduan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan sehingga habis penggal.


Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan media Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee baru-baru ini yang mencadangkan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya bertanding di kesemua 73 kerusi DUN Sabah.


Phoong berkata, kenyataan (Yong) itu sudah tidak relevan dan bukan mencerminkan pendirian GRS pada keseluruhannya.


“Kenyataan SAPP itu hanya akan mewujudkan polemik tidak sihat diantara parti-parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan, sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuaan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.


Phoong yang juga Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah berkata, SAPP yang masih lagi di dalam Perikatan Nasional (PN) sepertinya mempunyai agenda tersembunyi namun rakyat sudah menghidu niat SAPP itu.


Kenyataan Yong itu mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa pemimpin GRS Plus.

.

Share - DAP pertahan kestabilan politik demi kemajuan ekonomi Sabah

Follow SIMON BJ to stay updated on their latest posts!

Follow

0 comments

Be the first to comment!

This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.