Kerajaan terus berusaha lahirkan atlet remaja: Nizam


SIMON BJ2023/08/13 09:22
Follow
Kerajaan terus berusaha lahirkan atlet remaja: Nizam

TAWAU: Kerajaan negeri terus mengambil daya usaha untuk melahirkan lebih ramai atlet berpotensi dalam kalangan remaja melalui penganjuran sukan berprestij di peringkat negeri meskipun terpaksa mengeluarkan peruntukan yang besar.


Memetik Sabah Baru News, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kerajaan negeri sudah pun menyalurkan peruntukan besar untuk kemenjadian belia dan sukan di Sabah.


"Bahkan kerajaan turut mengambil inisiatif menganjurkan Sukan Sabah (SAGA) setiap dua tahun bagi memastikan Sabah tidak ketandusan atlet berpotensi," katanya ketika ditemui semasa Kejohonan Futsal dalam program Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Tawau, di sini, baru-baru ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas itu menyifatkan kejohanan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan itu sebagai platform menarik lebih ramai belia aktif bersukan.


Turut hadir, Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau, Mohamad Ali Abdul Sari.

Share - Kerajaan terus berusaha lahirkan atlet remaja: Nizam

Follow SIMON BJ to stay updated on their latest posts!

Follow

0 comments

Be the first to comment!

This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.