
ALBUM ... Redonah bergambar kenangan bersama Wanita PGRS di Tawau.
TAWAU: Golongan usahawan di negeri ini perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya bidang perniagaan yang diceburi dapat bertahan lama.
Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Redonah Bahanda berkata, dunia perniagaan hari ini sangat mencabar dan sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan semasa.
Beliau mengakui, tanpa pengetahuan dan kemahiran, sukar bagi usahawan menguruskan perniagaan mereka melibatkan produk, perkhidmatan, strategi pemasaran dan membatasi halangan.
"Sebagai seorang usahawanan mestilah mempunyai kekuatan mental untuk mendepani persaingan yang semakin kompetitif," katanya ketika berucap pada majlis Karnival Usahawan dan Kerjaya Zon Pantai Timur di sini semalam.
Turut hadir, Pembantu Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Pengerusi Biro Usahawan Gagasan Rakyat Sabah, Shazlinah Lai serta jawatankuasa biro.
Redonah berkata, menjadi usahawan yang berjaya juga harus memiliki hati yang cekal dan kemahuan yang tinggi. Bijak memasang strategi pemasaran secara agresif, sambil mengambil contoh negara China dimana rakyatnya semakin aktif dan agresif untuk menguasasi pasaran.
"Bagi mencapai matlamat itu, usaha bersepadu perlu diambil iaitu menerapkan nilai dan budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia, terutamanya di kalangan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi tempatan termasuk di Kolej Komuniti," ujarnya.
Tambah beliau lagi, banyak kajian telah dibuat dan mendapati bahawa pendidikan keusahawanan mampu meningkatkan kecenderungan dan minat pelajar IPT menceburkan diri dalam bidang berkenaan. - Oleh Liza Din
.
0 comments
Be the first to comment!
This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.