
Sebahagian daripada pesawah dan penanam padi bukit yang menerima bantuan tersebut.
George menyampaikan bantuan kepada salah seorang pesawah/penanam padi bukit di majlis itu.
KOTA MARUDU: Seramai 629 penerima telah diluluskan untuk menerima bantuan wang tunai dengan nilai RM600.
Bantuan ini adalah bagi pesawah padi dan penanam padi huma/bukit bagi Daerah Kota Marudu. Dan, bantuan ini juga ada yang disalurkan terus ke akaun penerima.
Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Marudu, Datuk Dr. George Sangkin merasmikan majlis penyerahan tersebut.
George ketika berucap pada majlis itu berharap bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan itu sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan perbelanjaan para petani/pesawah.
Beliau juga berima kasih pihak kerajaan atas keprihatinan kepada golongan petani dan pesawah yang terlibat dalam industri padi.
Majlis penyerahan bantuan khas tunai sebelum penuaian hasil padi telah dilaksanakan di perkarangan pejabat PPK Kota Marudu, hari ini.
0 comments
Be the first to comment!
This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.