Mangsa diusung menggunakan Robinson Stretcher ke Timpohon Gate di kaki Gunung Kinabalu. – Ihsan Bomba
RANAU, (Sabah): Seorang pendaki wanita warga China, 42, cedera di pinggang selepas terjatuh ketika menuruni Gunung Kinabalu kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd. Taib berkata, kejadian berlaku di Kilometer 5 berhampiran Villosa, denai mendaki Gunung Kinabalu kira-kira jam 9.30 pagi.