Salurkan maklumat mengenai keluarga miskin: Faimin


SIMON BJ2023/07/28 09:18
Follow
Salurkan maklumat mengenai keluarga miskin: Faimin

FAIMIN (dua kiri) bersama Biro Kebajikan PGRS Paginatan dalam lawatan itu di Kg Lasing dan Kg Matupang, Ranau.


RANAU: Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan dan Timbalan Ketua Bahagian Paginatan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Faimin Kamin meminta para pemimpin masyarakat supaya menyalurkan maklumat mengnai keluarga miskin di daerah itu.

Oleh itu, beliau meminta supaya pemimpin akar umbi memberikan rekod dan butiran mengenai mereka bagi memudahkan pihaknya menyalurkan bantuan bagi meringankan beban hidup mereka.

Katanya, bagi mengesan golongan seperti ini para pemimpin perlu rajin turun padang untuk mengenalpasti rakyat yang masih dibelengu keperitan hidup supaya dapat dibantu.

Faimin menyatakannya pada Ziarah Kasih B40 bersama Biro Kebajikan PGRS Paginatan yang diadakan di Kg Lasing dan Kg Matupang, Ranau, di mana tiga warga miskin diziarahi dan diberi bantuan.

Sempena majlis itu, rumah milik Felix, Danis di Kampung Lasing dan Majakut Basiung di Kampung Matupang dekat sini adalah antara rumah yang dilawati.

Danis, seorang bapa tunggal yang menghidap kanser usus dan pada masa sama menyara tiga anak perempuan yang masih bersekolah.

Sementara itu, Felix juga menghidap penyakit tulang belakang, manakala Majakut seorang warga miskin yang tinggal di pondok usang miliknya.

Faimin berkata, lawatan itu sebagai usaha PGRS Paginatan untuk mendekati masyarakat disamping membantu agensi kerajaan mengenal pasti golongan yang layak dibantu.

Pada lawatan itu, Faimin menyerahkan sedikit sumbangan peribadi kepada keluarga yang kurang berkempuan.

Turut serta Pengerusi Biro Kebajikan ,Rabinin Nawawi; Pengerusi Biro Agama, Wohanis Jain; Pegawai Kebajikan Masyarakat Ranau, Samdin Rijin; Ahli Jawatankuasa PGRS Paginatan, Jeafry Goh dan Siti Jaliha Jiman.

Share - Salurkan maklumat mengenai keluarga miskin: Faimin

Follow SIMON BJ to stay updated on their latest posts!

Follow

0 comments

Be the first to comment!

This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.