
TERBAIK .. .George, Redonah dan Surinam menunjukkan tanda terbaik Beras Basmathi yang terjual di SCC Outlet UTC Kinabalu hasil kerjasama degan SABARAS seagai pembekal.
KOTA KINABALU: Program Inisiatif Pembangunan Usahawan akan diperluasi diseluruh daerah meliputi empat zon di Sabah , kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) Encik George Taitim Tulas.
Menjelaskan, empat (4) zon itu Zon Utara meliputi Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Ranau, Zon Pantai Timur Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Tawau, Zon Selatan Papar, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau, Sook, Tambunan, manakala Zon Pantai Barat Kota Kinabalu dan Likas.
Katanya, kesemua tempat itu terdapat pejabat Sabah Credit Corporation dan di Kota Kinabalu mempunyai satu outlet yang beroperasi di UTC Kota Kinabalu.
Beliau berkata demikian semasa membawa melihat lihat keadaan outlet yang terdapat di UTC Kota Kinabalu semalam.
BERI PENERANGAN ... George memberitahu kepada Redonah jenis barang-barang yang dijual di SCC Outlet di UTC Kinabalu sambil diperhatikan oleh Surinam Sadikun.
Turut sama Timbalan Pengerusi SCC, Datuk Surinam Sadikun dan Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Redonan Bahanda.
"SCC Outlet merupakan satu kedai runcit yang mempromosi dan menjual barangan tempatan yang dihasilkan Oleh usahawan tempatan seperti bahan-bahan makanan segar," jelasnya.
Sambil menambah bahawa operasi outlet ini mendapat kerjasama daripada beberapa jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Perindustrian, LKTNS, KPD, SABARAS, Urban Farmers dan beberapa lagi.
Menurut George lagi, SCC juga menyediakan perniagaan Mobile Trailer kepada peniaga-peniaga kecil yang ingin menceburi bidang Mobile Trailer.
George berkata, SCC juga turut menyediakan Skim Pinjaman Mobile Trailer dan terbuka kepada warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai lesen perniagaan atau lesen-lesen yang berkaitan.
"Ini terbuka kepada graduan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dan yang memulakan perniagaan,” ujarnya.
Keterangan lanjut boleh berhubung dengan pejabat SCC di seluruh daerah atau hubungi Khidmat Pelanggan 013-8187783 (Whatsapp) telefon 088-323975.
.
.
0 comments
Be the first to comment!
This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.