Hajiji dan Juliah hadiri Majlis Persantapan Hari Keputeraan ke-77 Sultan Brunei


SIMON BJ2023/07/17 15:30
Follow
Hajiji dan Juliah hadiri Majlis Persantapan Hari Keputeraan ke-77 Sultan Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag merupakan antara tetamu khas yang menghadiri Majlis Persantapan Sempena Hari Keputeraan Ke 77 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman pada Ahad.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Dr. Hajah Norlidah Tan Sri R. M. Jasni.

Pada Sabtu Hajiji dan Juliah mengadap Sultan Hassanal Bolkiah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohamed Alam di Istana Nurul Iman.

Mereka turut menghadiri Majlis Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam dan Majlis Istiadat Barisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.

Share - Hajiji dan Juliah hadiri Majlis Persantapan Hari Keputeraan ke-77 Sultan Brunei

Follow SIMON BJ to stay updated on their latest posts!

Follow

0 comments

Be the first to comment!

This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.