Gagasan Rakyat belum putuskan bantu kempen PRN di enam negeri – Nizam


SIMON BJ2023/07/15 10:49
Follow
Gagasan Rakyat belum putuskan bantu kempen PRN di enam negeri – Nizam

TAWAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) yang juga dikenali sebagai Gagasan Rakyat belum memutuskan untuk menghantar jentera kempen bagi membantu rakan gabungan di dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di semenanjung.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pihaknya sememangnya menyokong Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Gagasan Rakyat akan menghantar jentera kempen sekiranya terdapat arahan daripada pucuk pimpinan.

“Pendirian Gagasan Rakyat jelas akan terus memberi sokongan kepimpinan kerajaan Malaysia dan kita bersedia membantu berkempen sekiranya diperlukan.

“Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor baharu sahaja menghadiri mesyuarat Perpaduan bersama Perdana Menteri dan sekarang kita hanya menunggu arahan sahaja,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Menurutnya, PRN kali ini sangat penting bagi memastikan politik negara terus stabil dan tidak membebankan rakyat.

“Saya yakin rakyat mahukan kestabilan politik terus berlaku di negara ini dan akan memilih calon Kerajaan Perpaduan dalam PRN kali ini.

“Semua ahli parlimen dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan termasuk Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi sokongan kepada kepimpinan Anwar ketika ini,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah diadakan serentak pada 12 Ogos depan.

Share - Gagasan Rakyat belum putuskan bantu kempen PRN di enam negeri – Nizam

Follow SIMON BJ to stay updated on their latest posts!

Follow

0 comments

Be the first to comment!

This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.