Tawarkan biasiswa pelajar miskin Arnie Jaliusih: PKDM


SIMON BJ2023/07/14 05:21
Follow
Tawarkan biasiswa pelajar miskin Arnie Jaliusih: PKDM

Henry (kiri), gambar kanan Arnie (tengah) bersama ibubapanya.


KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) merayu kepada kerajaan Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor supaya menawarkan biasiswa kepada pelajar miskin SMK Tun Fuad Stephens, Arnie Jaliusih yang berjaya menperolehi
Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 dalam peperiksaan STPM tahun lepas.

Bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Arnie yang terpaksa meminjam wang dari penduduk kampung bagi membolehkan anaknya menghadiri majlis penghargaan pelajar cemerlang STPM,
Naib presiden PKDM Henry Saimpon berkata pencapaian cemerlang Arnie meskipun dari keluarga miskin wajar diberi pertimbangan khas untuk mendapatkan biasiswa.

Henry yang juga ketua PKDM Tuaran yang berasal dari Kiulu berharap impian Arnie, 20, anak kepada penoreh getah itu menjadi seorang guru dapat direalisasikan.

“Saya amat bersimpati dan terkejut apabila saya terbaca di portal berita NST (Khamis) keperitan hidup keluarga Arnie sehingga terpaksa meminjam wang RM120 dari penduduk kampung untuk menghadiri majlis penghargaan itu.

“Bagi saya pelajar cemerlang dari Kampung Sinasag Kiulu itu wajar ditolong. Mungkin ramai lagi pelajar yang berada dalam situasi yang sama yang memerlukan pembelaan,” katanya dalam satu kenyataan bagi mengulas laporan berita NST itu.



Share - Tawarkan biasiswa pelajar miskin Arnie Jaliusih: PKDM

Follow SIMON BJ to stay updated on their latest posts!

Follow

0 comments

Be the first to comment!

This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.