Program spontan tapi bermanfaat, kata Redonah


SIMON BJ2023/07/10 07:03
Follow

BELURAN: Program pada awalnya mahu beramah mesra dengan ahli-ahli Wanita Gagasan Rakyat bahagian Telupid dan pada masa yang sama diadakan acara spontan iaitu pelancaran pertandingan santai di Kolam Titanic Kg Liningkung. Perkara seperti ini unik kerana jarang berlaku tetapi ada kebaikannya, iaitu dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan menambah ilmu pengetahuan, contohnya penglibatan dalam aktiviti memancing ikan. "Memancing ikan ini menuntut kesabaran yang tinggi. Dengan hobi memancing ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama peserta dan masyarakat setempat. Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda berkata demikian ketika melancarkan program tersebut di Kg Liningkung, dekat sini, baru-baru ini. Program tersebut merupakan anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah bahagian Telupid.

Program spontan tapi bermanfaat, kata Redonah

Redonah sedang melihat hasil ikan yang dipancing oleh perserta.


Seramai 75 pemancing menyertai pertandingan santai di Kolam Titanic Kampung Liningkung milik Ketua Bahagiaan Gagasan Rakyat Beluran, Pinus Gondili.

Turut hadir Ketua Bahagian, Pinus Gondili; Timbalan Ketua Bahagian, Warday Tuahan; Ketua Wanita Gagasan Rakyat Telupid, Aneh Jamri serta Ahli Jawatankuasa Bahagian Telupid, Ahli Jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat Telupid.

Share - Program spontan tapi bermanfaat, kata Redonah

Follow SIMON BJ to stay updated on their latest posts!

Follow

0 comments

Be the first to comment!

This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.