
(Gambar atas), Hajiji bergambar bersama pemimpin dan penyokong di Majlis Himpunan Gagasan Rakyat Bahagian Sukau / Lamag di Dataran Pekan Sukau, kelmarin.
“Inipun SMJ jadi kritikan. Mereka yang dengki dengan kita, mereka yang dulu tiada hala tuju, kerana itu selalu mereka mempunyai fikiran negatif cakap SMJ jalan berlubang, SMJ air tiada”.
“Inilah yang dilakukan pembangkang hari ini. Ini niat tidak baik dan terlalu negatif kerana bagi kita SMJ adalah cogan kata yang mesti diperkasa dan dimartabat. Tiada orang guna ini sebelum saya tetapi saya guna ini untuk bangunkan Sabah,” katanya.
Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata demikian pada Majlis Himpunan Gagasan Rakyat Bahagian Sukau / Lamag di Dataran Pekan Sukau, di sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah; Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohd Razali Razi, Ketua Penerangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sukau, Datuk Juhari
Janan dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Lamag, Abu Bakar Gapar.
Hajiji berkata, ketika ini SMJ bukan saja diiktiraf di negeri ini, malah turut mendapat pengiktirafan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bersetuju menjadikan ‘SMJ’ sebagai nombor plat khas kenderaan kerajaan negeri.
“Baru-baru ini apabila saya berjumpa dengan Pengarah JPJ Sabah, mereka bersetuju supaya plat SMJ adalah dikhaskan kepada kereta Kerajaan Negeri Sabah.
“JPJ mengkhaskan plat SMJ kepada kerajaan negeri sebagai pengiktirafan bahawa ia adalah satu hala tuju yang baik untuk Sabah,” katanya.
Katanya, banyak inisiatif di bawah SMJ yang sudah berjaya dilaksanakan termasuk bantuan kewangan untuk anak-anak Sabah melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan ijazah.
0 comments
Be the first to comment!
This post is waiting for your feedback.
Share your thoughts and join the conversation.