Hajiji dan Juliah hadiri Majlis Persantapan Hari Keputeraan ke-77 Sultan Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag merupakan antara tetamu khas yang menghadiri Majlis Persantapan Sempena Hari Keputeraan Ke 77 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman pada Ahad. Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Dr. Hajah