Muktamadkan penurunan kuasa bidang pendidikan dan kesihatan: Hajiji
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri berharap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memuktamadkan mengenai penurunan kuasa dalam bidang pendidikan dan kesihatan kepada Kerajaan Negeri seperti yang dibincangkan menerusi Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam masa terdekat, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Beliau yang menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof mengen