1,500 wanita mangsa kanser pangkal rahim tiap tahun: Redonah
KOTA KINABALU: Seramai 1,500 wanita di Malaysia setiap tahun disahkan menjadi mangsa penyakit kanser pangkal rahim. Kanser pangkal rahim juga dinyatakan sebagai kanser kedua yang paling kerap menyerang kaum wanita, khasnya selepas kanser payudara. “Ini adalah satu kebimbangan dan ketakutan yang mana daripada jumlah ini, sebanyak enam peratus daripadanya tidak dapat diselamatkan, meninggal dunia kerana kanser pangkal rahim,” kata Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda. Bel