Malaysia milik semua rakyat - Abidin
RANAU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, menegaskan bahawa Malaysia adalah milik semua rakyat yang berbeza etnik, agama, kepercayaan, latar belakang politik dan tradisi, bukan hanya satu kumpulan tertentu. Beliau berkata, rakyat Malaysia tidak boleh menganggap bahawa negara ini hanya milik mereka sahaja, tetapi harus menghormati dan menghargai perbezaan yang wujud dalam masyarakat yang berbilang kaum. “Kita tidak boleh sekali-kali mengatakan bahawa Malaysia hanya mil