Kedai Jualan Beras PPK Kota Marudu 'diserbu' kali kedua
KOTA MARUDU: Penguatkuasa Bahagian Kawalselia Padi Dan Beras Cawangan Sabah melakukan pemeriksaan mengejut ke Kedai Jualan Beras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Marudu berikutan aduan awam yang diterima pada Khamis (14 Sept. 2023). Pemeriksaan mengejut itu dibuat bagi mengesahkan aduan awam berkaitan beras jenama PELADANG PPK Kota Marudu yang dikatakan beras tempatan. Beras jenama PELADANG adalah beras putih import yang bekalannya diperolehi melalui BERNAS Kudat. Bahagian Kawalselia Padi