Tanding 73 kerusi DUN Sabah, pemimpin tertinggi GRS belum bincang
KOTA KINABALU: Perkara berkaitan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah untuk pilihan raya negeri yang akan datang belum lagi dibincangkan oleh pimpinan tertinggi dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Ketua Penerangan parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ini kerana fokus Kerajaan Perpaduan GRS Plus Sabah pada masa ini ialah untuk terus komited melaksanakan segala agenda pembangunan negeri dan rakyat Sabah selaras dengan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Katanya