ホーム
投稿
マイページ
0
通知
ブックマーク
履歴
コメント
サブスクリプション
収益
設定
ヘルプ

利用規約
プライバシー
運営会社
お問い合せ
© 2025 Interhead, Inc.
baskadia

Baskadia

​
​

シェア - Redonah ingatkan jentera parti masa sudah singkat

​

SIMON BJ

無料画像

Redonah ingatkan jentera parti masa sudah singkat

KOTA KINABALU: Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda mengingatkan jentera parti bahawa mereka tidak mempunyai masa yang panjang mungkin sekitar dua atau tiga tahun sahaja lagi untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17. Sebab itu, jentera pilihan raya Wanita Gagasan Rakyat perlu mengambil tanggungjawab ini mulai dari sekarang, bekerja keras lah bagi memastikan kepimpinan kerajaan hari ini terus kekal diterima baik oleh rakyat. “Bagi mencapai hasrat itu adalah menjadi tugas setiap jentera parti untuk meraih sebanyak mungkin keyakinan rakyat terhadap Gagasan Rakyat untuk kekal menjadi parti dominan di Sabah,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Ramah Mesra Wanita Gagasan Rakyat tujuh bahagian (Sungai Sibuga, Sungai Manila, Gum Gum, Sekong, Karamunting, Elopura dan Tanjong Papat) di Livingston Hotel Sandakan, di Sandakan.

Redonah ingatkan jentera parti masa sudah singkat
S
S