The Third Reich


HajiBezzo2024/07/17 07:57
フォロー
The Third Reich


Siapa yang minat mengenai kisah Perang Dunia Kedua sudah tentu tahu perkataan 'The 3rd. Reich' ni. 'Reich' ini adalah perkataan Jerman yang bermaksud empayar atau pemerintahan. Perkataan ini dikhususkan kepada era Nazi Jerman (1933-1945) pimpinan Adolf Hitler. Tetapi mengapa yang ke 3? Di era mana pula 1st. Reich dan 2nd. Reich?

Kita ringkaskan sedikit ya, 3rd Reich bagi Nazi, adalah kebangkitan semula bangsa Jerman setelah merudum selepas era Perang Dunia Pertama yang mana Jerman terduduk dari segi ekonomi dan pengecilan wilayah. Mark Jerman jatuh seperti matawang Zimbabwe pada hari ini, nak beli ikan sekilo di pasar kena bawak sebakul duit.

Bakul duit lebih besar dari bakul ikan sekilo. Apabila Nazi mula mengambil alih kuasa di Jerman, Nazi memulakan pelbagai propaganda untuk menaikkan semula moral rakyat Jerman. Salah satunya untuk mengembalikan kegemilangan bangsa Jerman dahulukala dan hasilnya amat mengkagumkan. Jerman mula naik sebagai salah satu kuasa besar di eropah dari segi militari dan ekonomi dalam jangka waktu yang amat singkat.

The 1st. Reich ialah ketika era atau zaman pertengahan selepas berakhirnya era Empayar Roman (bahagian barat). Sebuah empayar kristian khatolik yang dinamakan 'The Holy Roman Empire" yang kebanyakannya dipimpin oleh putera2 puak Jerman yang berdiri selama hampir seribu tahun yang bermula pada tahun 800 masehi.

Holy Roman Empire juga aktif ketika era Perang salib di timur tengah dan di timur eropah, tentera elit mereka yang paling terkenal ialah "The Teutonic Knights". The 2nd. Reich ialah ketika penyatuan Jerman oleh Otto von Bismarck yang bermula pada tahun 1871 sehinggalah Jerman kalah perang pada era Perang dunia Pertama iaitu pada 1918.

2nd. Reich ini mempunyai empayar yang besar juga di luar eropah seperti di afrika, China dan di kepulauan pasifik. Itulah sebabnya propaganda Nazi tidak segan2 menyebut 'The 3rd Reich will reign for a thousand years', sebabnya The 1st. Reich berjaya melakukannya walaupun pada hakikatnya Nazi Jerman hanya bertahan selama 12 tahun sahaja.

シェア - The Third Reich

HajiBezzoさんをフォローして最新の投稿をチェックしよう!

フォロー

0 件のコメント

この投稿にコメントしよう!

この投稿にはまだコメントがありません。
ぜひあなたの声を聞かせてください。