Jentera Wanita GRS jangan leka, sampaikan mesej kepada rakyat - Azizah


SIMON BJ2023/09/11 07:29
フォロー
Jentera Wanita GRS jangan leka, sampaikan mesej kepada rakyat - Azizah

AZIZAH (duduk, tengah) bersama Ahli Jawatankuasa Wanita GRS selepas mempengerusikan Mesyuarat Wanita GRS di Tuaran semalam.


TUARAN: Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sangat memerlukan tenaga wanita untuk membantu menyampaikan mesej perjuangan parti itu kepada rakyat di negeri ini.


Bagi merealisasikan tanggungjawab itu, Wanita GRS harus bersatupadu, bekerja dalam satu pasukan dan tidak boleh leka. Sudah pasti segala visi dan misi parti dapat dilaksanakan dengan mudah.


Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Azizah Mohd Dun berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Wanita GRS di sini, semalam.


Wanita GRS perlu hindari perselisihan faham serta perpecahan dalam kalangan mereka - Azizah


Katanya, semua jentera parti Wanita GRS harus bekerjasama dan digerakkan sesuai dengan agenda yang telah dirancang tanpa lengah.


"Dengan adanya jalinan kerjasama erat dalam kalangan wanita komponen parti GRS insya-Allah kerja susah jadi mudah," ujarnya.


Azizah juga mengingatkan Wanita GRS supaya mengelakkan perselisihan faham serta perpecahan dalam kalangan mereka.


Turut hadir Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Flovia Ng (Star), Datin Mary Yong (PBS), Norizah Mohammad Noor (SAPP), Puan Sri Diana Diego (Usno), Glenna Wong Kuen Yin (LDP), Norizian Dumit (PHRS), wakil PGRS Naib Ketua Wanita PGRS, Aziah Atoh, Penolong Setiausaha GRS, Salmah Sait serta Ahli Jawatankuasa GRS Wanita Sabah.


Dalam mesyuarat itu, Azizah memaklumkan bahawa Wanita GRS telah menetapkan tarikh untuk siri Jelajah Wanita GRS ke zon-zon sehingga hujung tahun. Jelajah itu memberi ruang kepada mereka untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi.


"Melalui penubuhan jentera di setiap zon membolehkan mereka mengadakan kursus-kursus kepada jentera Wanita GRS dengan lebih mudah,” jelas Azizah lagi.


シェア - Jentera Wanita GRS jangan leka, sampaikan mesej kepada rakyat - Azizah

SIMON BJさんをフォローして最新の投稿をチェックしよう!

フォロー

0 件のコメント

この投稿にコメントしよう!

この投稿にはまだコメントがありません。
ぜひあなたの声を聞かせてください。