Kibarkan Jalur Gemilang, tunjukkan semangat patriotisme - Hajiji


SIMON BJ2023/08/01 08:34
フォロー
Kibarkan Jalur Gemilang, tunjukkan semangat patriotisme - Hajiji


KOTA KINABALU: Kibarkan Jalur Gemilang untuk menunjukkan semangat patriotisme sebagai rakyat Malaysia sepanjang Bulan Kebangsaan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor (gambar).


Katanya, semua rakyat Malaysia wajib mengibarkan Jalur Gemilang tanpa mengira suku bangsa, agama, budaya, pangkat atau kedudukan. Kibar lah di mana-mana tempat bersesuaian seperti di rumah, bangunan pejabat kerajaan dan swasta, premis perniagaan atau kenderaan masing-masing.


"Sebagai rakyat Malaysia kita sangat bertuah menjadi sebahagian daripada rakyat negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecapi kehidupan dalam suasana harmoni, aman serta sejahtera," katanya ketika melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2023 di sini, hari ini.


Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

シェア - Kibarkan Jalur Gemilang, tunjukkan semangat patriotisme - Hajiji

SIMON BJさんをフォローして最新の投稿をチェックしよう!

フォロー

0 件のコメント

この投稿にコメントしよう!

この投稿にはまだコメントがありません。
ぜひあなたの声を聞かせてください。