Peladang Sabah sambut baik wujud semula Lembaga Padi Sabah


SIMON BJ2023/07/31 04:56
フォロー
Peladang Sabah sambut baik wujud semula Lembaga Padi Sabah

Nazri menerima cenderahati selepas menghadiri Majlis Penutupan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNS) di Wisma Pertanian Sabah, di sini, Ahad.


KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) menyifatkan keputusan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan semula Lembaga Padi Sabah (LPS) akan memberi faedah dan manfaat kepada rakyat dan negeri Sabah.


Pengerusinya Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata, PPNS menyokong cadangan itu kerana sudah tiba masanya Sabah mempunyai Lembaga Padi sendiri seperti yang pernah diwujudkan semasa kerajaan negeri terdahulu bagi mengurus industri padi negeri ini.


Katanya pihaknya cukup yakin dengan adanya LPS dapat membantu Sabah mencapai sasaran paras tahap sari diri (SSL) beras sehingga 60 peratus menjelang tahun 2030 seperti yang diunjurkan oleh Kerajaan Negeri berbanding hanya pada tahap 22 peratus setakat ini.


“Dengan meningkatnya SSL beras Sabah, akan membantu mengurangkan jumlah import beras dari negara asing seperti Vietnam, Thailand, Pakistan dan lain-lain.


“Ini sekaligus dapat mengurangkan aliran keluar mata wang Malaysia, yang akan menguntungkan negeri dan negara,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penutupan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNS) di Wisma Pertanian Sabah, di sini, Ahad (30/07/2023).


Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri, Datuk Seri Dr.Jeffrey G.Kitingan merasmikan penutupan sambutan HPPNS 2023.


Mohd Nazri mengulas kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bahawa Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri (MAFFI) kini dalam proses mewujudkan semula Lembaga Padi Sabah.


Mohd Nazri optimis dengan adanya Lembaga Padi Sabah, usaha dan fokus untuk pembinaan keupayaan industri padi tempatan untuk mengeluarkan produk beras Sabah dapat direalisasikan.


“Sabah perlu mempunyai keupayaan dalam mengeluarkan padi dan beras tempatan termasuk produk pertanian dan makanan lain untuk meningkatkan eksport barangan pertanian tempatan”, tegasnya.


Beliau juga berkata penubuhan satu Jawatankuasa Khas Kabinet bagi menangani isu SSL di negeri ini yang diketuai oleh MAFFI tepat padanya.


Mohd Nazri berkata pengembelingan tenaga dan usaha melibatkan jabatan dan agensi negeri dan persekutuan serta sektor swasta akan membantu meningkatkan SSL pengeluaran semua jenis bahan makanan di negeri ini.


Menurutnya, ahli-ahli peladang di Sabah sedia memberikan kerjasama, sokongan dan terlibat secara langsung membantu usaha kerajaan negeri itu.

シェア - Peladang Sabah sambut baik wujud semula Lembaga Padi Sabah

SIMON BJさんをフォローして最新の投稿をチェックしよう!

フォロー

0 件のコメント

この投稿にコメントしよう!

この投稿にはまだコメントがありません。
ぜひあなたの声を聞かせてください。