GRS sokong Kerajaan Perpaduan menang PRN


SIMON BJ2023/07/29 14:56
フォロー
GRS sokong Kerajaan Perpaduan menang PRN

KUALA LUMPUR: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memenangi pilihan raya negeri (PRN) membabitkan enam negeri pada 12 Ogos depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sehubungan itu menyeru semua rakyat Sabah yang mengundi di keenam-enam negeri agar mengundi calon-calon daripada parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik tanah air.

“GRS berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dan menyokong sepenuhnya Kerajaan Perpaduan.

“Ini amat penting untuk pengundi Sabah di enam negeri di Semenanjung untuk memilih Kerajaan Perpaduan dan mengekalkan dinamik politik negara demi masa depan lebih cerah,” katanya dalam pertemuan khas bersama pengundi Sabah di Hotel Royale Chulan hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan Mohd. Ali dan Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe.

Hajiji berkata, pengundi Sabah perlu menolak parti yang menunggang agama dan bangsa sebagai alat politik untuk mendapat sokongan rakyat.

“GRS memberikan sokongan penuh kerana ini adalah platform terbaik bagi negara berbilang bangsa seperti Malaysia untuk maju ke depan.

“Taktik tersebut memusnahkan kepelbagaian seperti negara kita, yang tidak akan menjamin masa depan Malaysia,” katanya.

Katanya, kestabilan ialah faktor penting kepada negara ini untuk berkembang yang hanya boleh dicapai jika rakyatnya bersatu dan tidak dipengaruhi oleh perkauman dan ketaksuban.

Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) berkata, hak istimewa Melayu terjaga dalam Perlembagaan tetapi tidak bermaksud kepentingan kaum lain diabaikan.

“Hak Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam sebagai agama rasmi serta hak istimewa Raja-Raja Melayu terjamin serta termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlu dihormati. Namun kita tidak boleh menafikan hak bangsa-bangsa lain di Malaysia.

“Kami di Sabah merupakan contoh yang baik untuk perpaduan dan kepelbagaian serta kesatuan, di sebalik kepelbagaian bangsa dan agama kami hidup bersama dalam harmoni sejak sekian lama tidak kira ideologi politik, perkara sama yang turut digesa oleh Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional.

“Oleh sebab itu, saya menyeru rakyat menyokong calon-calon Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya negeri ini,” katanya.


シェア - GRS sokong Kerajaan Perpaduan menang PRN

SIMON BJさんをフォローして最新の投稿をチェックしよう!

フォロー

0 件のコメント

この投稿にコメントしよう!

この投稿にはまだコメントがありません。
ぜひあなたの声を聞かせてください。