
Juliah (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan daripada Mutiara GRS kepada Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sandakan, sambil disaksikan Toh Puan Norlidah (dua dari kanan).
SANDAKAN: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (Mutiara GRS) menyumbang RM1,000 masing-masing kepada Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sandakan dan Rumah Warga Tua Sri Harapan.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang DiPertua Mutiara GRS, Datin Seri Juliah Salag.
Turut menyumbang, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Cawangan Sabah yang disampaikan oleh Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah, Datuk Dr. Nuinda Alias dengan RM500 bagi setiap institusi kebajikan berkenaan.
Penyerahan sumbangan juga disaksikan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dalam Malam Mesra “Kelibatnya Anggun Jelita” anjuran Puspanita Cawangan Sandakan di sini, pada Rabu malam.
Hadir sama, Presiden Majlis Daerah Sandakan, Henry Idol dan Pengerusi Puspanita Cawangan Daerah Sandakan, Phillis Tamin.
0 件のコメント
この投稿にコメントしよう!
この投稿にはまだコメントがありません。
ぜひあなたの声を聞かせてください。