Perang propaganda Warisan lwn GRS semakin panas


SIMON BJ2023/07/17 15:50
フォロー

KOTA KINABALU: Perang propaganda menggunakan media sosial kini meletus antara Warisan dan GRS di Sabah.

Media sosial seperti grup-grup WhatsApp dan juga facebook menjadi medan mereka berbalas tuduhan dan komen bagi menjatuhkan satu sama lain.
Sejak PGRS/GRS mengarahkan jentera parti digerakkan bagi menghadapi pilihanraya negeri yang dikatakan mungkin diadakan awal dari 2025.
Seperti biasa Warisan diserang kononnya mesra pendatang haram (PTI) manakala pihak GRS diserang sebagai lembab dan tidak mempunyai keberanian serta halatuju.
Para pemimpin GRS digambarkan gagal menegakkan hak Sabah termasuk isu tuntutan 40% hasil cukai yang dikutip atau dicuri Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan GRS juga dituduh pelbagai kegagalan mengurus infrastruktur utama iaitu bekalan air, jalanraya yang tidak terselenggara, dan bekalan elektrik.
Kebetulan juga buat pertama kali dalam sejarah Sabah, seluruh jalanrayanya berlubang-lubang rosak teruk sebaik GRS mengambil alih pemerintahan, dan lebih teruk lagi, tiada usaha mengatasi masalah itu dari awal.
Pihak dipercayai dari penyokong Warisan juga menuduh GRS cuba mengambil kredit terhadap kesinambungan program diusahakan Warisan ketika sempat memerintah 20 bulan sebelum GRS mengambil-alih selepas PRN Sabah pada 2020.
Perseteruan propaganda antara dua pihak ini dijangka berterusan dengan lebih deras dan keras sehingga hujung tahun ini sebelum memuncak menjelang pembubaran DUN yang dijangka ramai pemerhati bakal diumum tahun depan, 2024.
Adalah dijangka pihak yang dapat membawa mesej serta kupasan yang meyakinkan dan memberikan gambaran sebenar, akan menerima sokongan baru terutama sekali dari golongan pengundi pertama kali atau yang berumur 18 hingga 25 tahun, dan secara amnya berumur 45 tahun ke bawah.
Kebanyakan mesej propaganda yang ada pada masa ini berupa memburuk-burukkan pihak lawan, dan membanding-bandingkan antara dua pihak. Dijangka pada masa pilihanraya sebenar barulah gabungan-gabungan ini akan membuat mesej yang lebih positif termasuk menggariskan dasar dan program yang hendak mereka buat jika mereka diberi mandat memerintah. - Borneo Herald

シェア - Perang propaganda Warisan lwn GRS semakin panas

SIMON BJさんをフォローして最新の投稿をチェックしよう!

フォロー

0 件のコメント

この投稿にコメントしよう!

この投稿にはまだコメントがありません。
ぜひあなたの声を聞かせてください。