16 cawangan Gagasan Rakyat ditubuh, perkukuh kedudukan Hajiji


SIMON BJ2023/07/09 07:54
フォロー

Penubuhan cawangan baharu Parti Gagasan Rakyat di DUN Sulaman.

16 cawangan Gagasan Rakyat ditubuh, perkukuh kedudukan Hajiji

16 cawangan Gagasan Rakyat ditubuh, perkukuh kedudukan Hajiji

TUARAN: Sebanyak 16 cawangan baharu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan ditubuhkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dalam masa terdekat.

Sekali gus, mengukuhkan lagi kedudukan presidennya Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di bahagian tersebut.

Ini berikutan kemasukan lebih 800 ahli Parti Warisan (Warisan) bahagian Sulaman yang bertindak keluar daripada parti itu dan menyertai Gagasan Rakyat. Mereka diketuai oleh Timbalan Ketua Wira Warisan Bahagian Tuaran, Abdul Salim.

Hajiji yang juga Ketua Bahagian Sulaman ketika menerima borang keahlian daripada Abdul Salim di bilik mesyuarat parti itu di sini, berkata, dengan kemasukan bekas ahli-ahli Warisan ke Gagasan Rakyat akan menambahkan lagi kekuatan parti itu khususnya di bahagian Sulaman.

“Tiada masalah mereka menubuhkan cawangan-cawangan Gagasan Rakyat yang baharu yang penting ialah kerjasama dan kejujuran berjuang untuk pastikan parti bertambah kuat.

“Saya berharap mereka bersama pemimpin dan ahli-ahli Gagasan Rakyat yang lain bekerja keras memastikan kemenangan lebih besar di kawasan Sulaman pada Pilihan Raya Negeri akan datang,” ujar Ketua Menteri Sabah itu lagi.

Menurut Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu, berdasarkan keadaan politik negeri yang berubah telah mendorong rakyat negeri ini cenderung memilih parti tempatan sebagai platform perjuangan mereka.

Walau bagaimanapun, katanya, tidak bermakna parti-parti tempatan di Sabah tidak dapat bekerjasama dengan parti nasional, sebaliknya kerjasama kedua-dua pihak juga amat penting.

Sementara itu, Hajiji mempengerusikan Mesyuarat Bil.2 Ahli Jawatankuasa Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Sulaman.

シェア - 16 cawangan Gagasan Rakyat ditubuh, perkukuh kedudukan Hajiji

SIMON BJさんをフォローして最新の投稿をチェックしよう!

フォロー

0 件のコメント

この投稿にコメントしよう!

この投稿にはまだコメントがありません。
ぜひあなたの声を聞かせてください。